· Pemerhatian secara
berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi
membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.
· Meliputi aspek kognitif ,
afaktif dan psikomotor.
· Boleh guna senarai semak,
rekod anekdot, dan rekod profile.
· Pemerhatian berlaku antara
guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
· Pemerhatian juga dibuat
oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan
pelbagai situasi persekitaran.
· Perkara yang perlu diambil
semasa dibuat pemerhatian;
1. Kualiti Pemerhatian
2. Bentuk perancangan
3. Merekod penilaian
pemerhatian
4. Jenis Pemerhatian
5. Strategi pelaksanaan
6. Fungsi penilaian melalui
pemerhatian.
Kualiti Pemerhatian
· Pengetahuan mendalam dalam
bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.
· Guru perlu peka terhadap
perubahan yang berkaitan dengan bahan.
· Yakin dengan keputusan yang
dibuat dan keputusan yang diambil.
· Ikhlas dan jujur serta adil
dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
· Tekal dan stabil dalam
penilaiannya.
Bentuk Perancangan
· Menyediakan alat yang
releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
· Menetukan teknik
menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
· Merangka tindaksusul yang
akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.
Merekod penilaian pemerhatian
· Rekod pemerhatian harus
menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
a) Pendekatan, kaedah individu
atau berkumpulan
· Semasa menjalankan pemerhatian
dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan
jelas
b) Menjalankan Tugasan
· Cara individu mengendalikan
tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
c) Cara merekodkan dapatan dan
rumusan
· Dapatan dan rumusan
hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
d) Tindakan Susulan
· Rekod pemerhatian hendaklah
juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.
Rekod anekdot
· Boleh digunakan untuk
menilai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti
berikut:
1. Kecekapan linguistik
(bidang bahasa)
2. Melihat kecekapan dalam
bidang-bidang tertentu
3. Muzik
4. Kecekapan (body
khanisthetic)
5. Kecekapan intrapersonal
6. Kecekapan interpersonal
Kecekapan Linguistik
· Keupayaan menggunakan
bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan
merangsang.
Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang
tertentu.
· Keupayaan memanipulasikan
objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan
membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.
Muzik
· Keupayaan mencipta muzik
dan mengubah lagu.
Kecekapan (body khanisthetic)
· Berkemahiran sukan, seni
lakon, seni tari atau seni lukis.
Kecekapan Intrapersonal
· Keupayaan memahami perasaan
dan emosi diri.
Kecekapan interpersonal
· Keupayaan memahami dan
bergaul dengan orang lain.
Jenis pemerhatian
Mengikut tujuan dan aspek yang hendak
diperhatikan atau dinilai iaitu:
I. Memerhati sesuatu perlakuan
tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa
saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
II. Memerhati apa-apa yang
telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan
perlakuan.
III. Memerhati untuk jangka
pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.
Strategi Pelaksanaan.
I. Secara berterusan mengikut
keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
II. Menggunakan senarai semak.
III. Tindakkan susulan terhadap
hasil pemerhatian
IV. Jangka masa pemerhatian
hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
V. Maklum balas diperolehi
daripada guru dan pelajar.
VI. Refleksi tentang pengalaman
bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
Fungsi Pemerhatian
· Guru berpeluang memerhati
perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
· Guru membuat penilaian
kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor,
pemudah cara dan pendidik.
Soalan:-
1. Senaraikan tiga perkara yang perlu diambil semasa membuat pemerhatian.
a) _______________________________
b) _______________________________
c) _______________________________
2. Rekod anekdot boleh digunakan untuk menilai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu. Senaraikan tiga jenis kecerdasan individu yang boleh digunakan melalui fungsi rekod anektod ini.
a) _______________________________
b) _______________________________
c) _______________________________
Sumber :- http://rozaidisalim.blogspot.com/2009/02/interaksi-6.html
No comments:
Post a Comment