Saturday 6 July 2013

PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN



Persoalan??


• Apakah itu Kontrak Pembelajaran?
• Fungsi
• Bagaimana ia digunakan?

Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran
Perjanjian Pembelajaran (Persetujuan pembelajaran)



• Suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajar
( individu / kumpulan ).


• Dibuat secara bertulis.


• Ditandatangani apabila kedua belah pihak bersetuju dengan kriteria / syarat
yang disenaraikan.


• Terdapat kompromi dalam kriteria yang dikenakan.


• Kriteria ditetapkan oleh guru.



Kriteria-kriteria yang berkaitan…

• Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan
-tahap tugasan perlu dilaksanakan.


• Bagaimana tugasan itu dilaksanakan
-individu atau kumpulan.


• Tempoh tugasan itu perlu disiapkan
-penilaian dibuat secara berproses atau tidak.


• Konsekuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak
tersebut.


Fungsi…


• Pelajar mengenal pasti dan merekod
-pembelajaran kendiri (kenalpasti kaedah dll).


• Menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri.


• Kenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.
-kolaborasi, perbindangan, rujukan melalui buku.


• Tetapkan jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya.


• Pamerkan bukti yang menunjukkan objektif telah tercapai.


• Tentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat/tugasan dinilai.



• Beri peluang kpd pelajar untuk tentukan matlamat pembelajaran mengikut
minat dan keupayaan masing-masing.


• Hasilkan kerja yang terancang.


• Bantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses penyiapan tugasan.



Bagaimana ia digunakan??




Penilaian objektif tugasan


• Guru tentukan objektif, manakala pelajar tetapkan strategi pelaksanaan.


• Guru sarankan beberapa set objektif, kemudia pelajar pilih mana-mana yang
difikirkan paling sesuai.


• Pelajar rangka beberapa objektif, kemudian guru persetujui mana-mana yang
paling sesuai.


Hasil pembelajaran


• Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran bentuk tugasannya
sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dsb.


• Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh
guru.

Penilaian


• Pelajar nyatakan gred akademik yang diharapkan dan sistem penggredan untuk
keseluruhan dalam kontrak mereka.


• Guru tentukan sistem penggredan dan kaedah penilaian keseluruhan proses serta
hasil tugasan.


• Gred terakhir boleh dibincangkan. Kompromi di antara guru dan pelajar
berdasarkan syarat-syarat / kriteria tertentu.


• Dibuat oleh individu berkenaan dan rakan sebaya.

-guru hanya pantau untuk menjamin kesahan


Format / bentuk

• Keperluan tugasan/kontrak boleh dibuat dalam mengikut bentuk keperluan
tugasan/kontrak dan pihak yang terlibat.


• Sesetengah kontrak/tugasan berbentuk formal; prosedur dinyatakan
dengan jelas dan rapi.


• Terdapat juga berbentuk tidak formal tetapi terancang dan jelas.




Rumusan

Kontrak Pembelajaran

1. KP melatih pelajar membuat refleksi dan andaian serta ramalan terhadap proses dan kesan tindakannya dalam merancang tugasan pembelajarannya.


2. Pelajar juga dikehendaki memperoleh dan memilih maklumat yang sesuai,
disamping memperlihatkan bukti yang kukuh tentang kesahihan maklumat.


3. Ini memerlukan pelajar tersebut berfikiran kritis dan kreatif, berinovasi
dan sedar tentang hala tujunya dalam pembelajaran tersebut.



Soalan:-


1. Perjanjian pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajar. Ianya hanya dilaksanakan secara lisan. (Betul /Salah)


2. Menerusi kontrak pembelajaran, guru akan menetapkan dahulu bentuk atau hasil sesuatu pembelajaran. (Betul / Salah)


Sumber:- http://deela-bmm3103pbmsk.blogspot.com/2009/08/interaksi-7-penilaian-bahasa-melalui.html

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

· Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.

· Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.

· Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.

· Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.

· Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.

· Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;
1. Kualiti Pemerhatian
2. Bentuk perancangan
3. Merekod penilaian pemerhatian
4. Jenis Pemerhatian
5. Strategi pelaksanaan
6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.


Kualiti Pemerhatian

· Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.

· Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.

· Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.

· Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.

· Tekal dan stabil dalam penilaiannya.


Bentuk Perancangan

· Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.

· Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.

· Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.


Merekod penilaian pemerhatian

· Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
a) Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
· Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
b) Menjalankan Tugasan
· Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
c) Cara merekodkan dapatan dan rumusan
· Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
d) Tindakan Susulan
· Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

Rekod anekdot

· Boleh digunakan untuk menilai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:

1. Kecekapan linguistik (bidang bahasa)
2. Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu
3. Muzik
4. Kecekapan (body khanisthetic)
5. Kecekapan intrapersonal
6. Kecekapan interpersonal


Kecekapan Linguistik

· Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.


Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.

· Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.


Muzik

· Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.


Kecekapan (body khanisthetic)

· Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.


Kecekapan Intrapersonal

· Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.


Kecekapan interpersonal

· Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

Jenis pemerhatian

Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:

I. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.

II. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.

III. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.


Strategi Pelaksanaan.

I. Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.

II. Menggunakan senarai semak.

III. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian

IV. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan

V. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.

VI. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.


Fungsi Pemerhatian

· Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.


· Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

Soalan:-
1. Senaraikan tiga perkara yang perlu diambil semasa membuat pemerhatian.
a) _______________________________
b) _______________________________
c) _______________________________

2. Rekod anekdot boleh digunakan untuk menilai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu. Senaraikan tiga jenis kecerdasan individu yang boleh digunakan melalui fungsi rekod anektod ini.
a) _______________________________
b) _______________________________
c) _______________________________

Sumber :- http://rozaidisalim.blogspot.com/2009/02/interaksi-6.html

PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO

Apakah portfolio?

· Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.


Ciri-ciri portfolio.

· Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
· Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
· Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
· Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
· Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.


Penilaian Portfolio

· Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
· Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
· Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.


Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.
1. Porfolio kerja harian
2. Portfolio hasil terbaik
3. Portfolio dokumen.

1. Portfolio Kerja Harian

· Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
· Contohnya;
Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.


2. Portfolio Hasil Terbaik

· Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
· Berbentuk sumatif
· Contohnya;
Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.


3. Portfolio Dokumen

· Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
· Contohnya;
Hasil lukisan daripada warna tersebut.


Kegunaan Portfolio

· Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
· Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
· Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
· Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
· Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.


Perancangan Portfolio

Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:
1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.



Bagaimana Portfolio dinilai?

· Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
· Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
· Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.


Merekod Penilaian Portfolio

  • Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
  • Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.

Kriteria penilaian

  1. Struktur dan organisani
  2. Strategi pengurusan
  3. Variasi isi yang sesuai
  4. Struktur ayat dan gaya bahasa
  5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
  6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
  7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

soalan:-

1. Portfolio merupakan kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri portfolio.
A. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.

B. Tugasan portfolio meliputi aspek kognitif , afektif dan psikomotor.
C. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
D. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.


2. Soalan 2 adalah berdasarkan pernyataan di bawah.

· Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
· Berbentuk sumatif

Pernyataan di atas adalah merujuk kepada jenis portfolio yang boleh di bina. Antara pilihan jawapan berikut, jenis portfolio manakah yang diterangkan di atas?

A. Portfolio Kerja Harian
B. Portfolio Hasil Terbaik
C. Portfolio Dokumen

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN


Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan
sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian
secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan
yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan
menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU
dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan
matrik dua paksi iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras
Kemahiran” (melintang). 


Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)
· Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
· Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
· Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa
mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
· Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan
lain-lain.
· Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
· Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%. 


Kepentingan JSU
· Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
· Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
· Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
· Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran
yang diuji.
· Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.


TAKSONOMI DAN DOMAIN

PENGENALAN
Taksonomi Bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956. Taksonomi Bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan motor-psiko. Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual. Manakala domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus reka bentuk sistem dan sebagainya. Domain motor-psiko pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.
Di dalam setiap domain ini terdapat beberapa aras atau peringkat yang disusun  daripada yang mudah kepada yang susah. Aras-aras ini juga dikenali sebagai taksonomi objektif pengajaran dan pembelajaran.


ARAS DOMAIN KOGNITIF 

Aras-aras domain kognitif merangkumi peringkat-peringkat yang terdapat dalam bidang ilmu pengetahuan. Mengikut buku Taxonomy of Education Objectives, aras-aras domain kognitif disusun dalam enam peringkat utama, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Aras-aras domain kognitif
Kategori mengikut urutan
Pengetahuan
·                      Peringkat yang paling bawah dan paling mudah untuk dikuasai.
          a)       Pengetahuan tentang perkara-perkara khusus
·         Pengetahuan terminologi seperti simbol, istilah dan definisi.
·         Pengetahuan fakta-fakta khusus seperti mengetahui nama tempat, bahan, ciri-ciri benda, tarikh dan kejadian.
           b)      Pengetahuan cara atau kaedah mengurus perkara khusus.
·         Pengetahuan  perkaedahan lazim : mengetahui peraturan menulis surat surat dan menggunakan tatabahasa.
·         Pengetahuan aliran dan turutan : mengetahui perubahan-perubahan yang berlaku pada masa kini, evolusi dan perubahan sikap.
·         Pengetahuan pengelasan dan kategori : mengetahui jenis-jenis invertebrata dan vertebrata, jenis-jenis kerajaan dan perniagaan.
·         Pengetahuan kriteria : mengetahui kriteria untuk menilai makanan bersih atau berzat, kriteria untuk menulis sebuah esei yang baik.
·         Pengetahuan metodologi :  mengingat kembali cara-cara  belajar .
         c)      Pengetahuan tentang perkara universal dan abstrak dalam sesuatu bidang.
·         Pengetahuan prinsip dan generalisasi seperti hukum dan prinsip sesuatu fenomena.
·         Pengetahuan teori dan struktur seperti teori pembelajaran.
Kefahaman
·                     Kebolehan memberi penjelasan atau makna kepada sesuatu perkara.
·                     Aras ini lebih tinggi sedikit daripada aras pengetahuan.
·                      Aras ini memerlukan pelajar mengingat kembali fakta-fakta pengetahuan dan kebolehan mereka untuk menerangkan atau memberi makna kepada fakta-fakta itu.
         a)      Aras penterjemahan
·         Merujuk kepada kebolehan menterjemahkan sesuatu maklumat kepada bentuk yang lain seperti menyatakan semula sesuatu masalah dengan perkataan sendiri.
         b)      Aras interpretasi
·         Merujuk kepada kebolehan memberi tafsiran atau makna mengenai sesuatu maklumat.
         c)      Aras ekstrapolasi
·         Merujuk kepada kebolehan melanjutkan huraian daripada maklumat asal yang diterima.

Aplikasi
·                     Merujuk kepada kebolehan menggunakan kaedah, prinsip, hukum atau teori dalam sesuatu situasi baru.

        a)      Penggunaan pengetahuan dan kefahaman.
Analisis
·                     Merujuk kepada kebolehan menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian supaya mudah difahami.
·                     Dalam aras ini, murid-murid boleh menghuraikan ciri-ciri perbezaan, kesamaan dan perkaitan di antara unsur-unsur sesuatu perkara.

        a)      Analisis unsur
·         Aras ini memerlukan kemahiran membezakan fakta-fakta yang telah dikenali serta disusun mengikut sesuatu sistem.
         b)      Analisis perhubungan
·         Aras ini memerlukan kemahiran memahami saling kaitan di antara idea-idea dalam sesuatu petikan.  Dalam hal ini, murid boleh mengesan perhubungan dan interaksi di antara unsur-unsur tersebut.
         c)      Analisis prinsip organisasi
·         Aras ini memerlukan kebolehan mengenal dan mengesan organisasi, susunan sistematik dan struktur yang menyatukan sesuatu perkara, sama ada secara eksplisit atau implisit.
Sintesis
·                      Merujuk kepada kebolehan menyusun idea-idea utama untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.
·                     Untuk mencapai aras ini, ia memerlukan kebolehan kreatif untuk menggabungjalinkan  idea-idea utama supaya membentuk  sesuatu corak atau struktur yang baru.
         a)      Penghasilan komunikasi unik
·         Aras ini merujuk kepada kemahiran menyampaikan idea-idea, perasaan atau pengalaman secara tersusun.
         b)      Penghasilan sesuatu rancangan atau cadangan sesuatu           operasi
·         Aras ini merujuk kepada kebolehan menyediakan atau mencadangkan sesuatu rancangan seperti merancang sesuatu persediaan mengajar.
         c)      Pembentukan perhubungan abstrak
·         Aras ini merujuk kepada kebolehan membentuk suatu set perhubungan yang abstrak untuk menerangkan atau mengelaskan data atau fenomena.
Penilaian   
·                      Merujuk kepada kebolehan mempertimbangkan  nilai yang terdapat dalam sesuatu perkara untuk tujuan yang tertentu.


          a)      Pertimbangan dari segi bukti dalam
·         Merujik kepada penilaian yang dibuat ke atas kejituan fakta-fakta yang terkandung dalam pernyataan, laporan atau  sesuatu bahan.
          b)      Pertimbangan dari segi kriteria luar
·         Merujuk kepada kebolehan membuat perbandingan teori-teori, generalisasi-generalisasi atau fakta mengenai sesuatu kebudayaan.



TAHAP
ISTILAH
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan, terangkan,
namakan, labelkan.
Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

Pilih, terangkan,
tulis semula.
Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.

selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Bezakan, pasti, pilih.
Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik

Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.



ARAS-ARAS  DOMAIN AFEKTIF

Aras-aras domain afektif adalah peringkat-peringkat yang terdapat dalam bidang perasaan, emosi, sikap dan nilai. Aras-aras ini telah disusun oleh David R. Krathwohl, Benjamin S. Bloom dan Bertram M. Masia di dalam tajuk The Classification of Educational Goals, Handbook 2; Affective Domain, 1964. Mengikut David R. Krathwohl, aras-aras domain afektif boleh disusun dalam lima peringkat, iaitu penerimaan, membalas, menilai, organisasi dan perwatakan berdasarkan nilai

Aras-aras domain afektif
Kategori mengikut urutan
Penerimaan  
·                      Merujuk kepada kesanggupan murid memberi  perhatian dan kesedaran kepada sesuatu fenomena atau rangsangan.


        a)      Kesedaran
·         Kesedaran faktor-faktor estetik yang mempengaruhi kecantikan sesuatu benda, seni lukis, reka bentuk dan sebagainya.
         b)      Kesanggupan menerima
·         Kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan orang dan menunjukkan toleransi serta menghormati kebudayaan yang berlainan.
          c)      Perhatian terkawal atau terpilih
·         Kebolehan memberikan perhatian kepada sesuatu rangsangan terpilih seperti mendengar orang mendeklamasi  sajak.
Bertindak balas
·                     Merujuk kepada kesanggupan bertindak balas terhadap sesuatu fenomena atau rangsangan yang diberi perhatian.
          a)      Persetujuan membalas
·         Melibatkan kemahuan dan kesediaan mematuhi peraturan-peraturan sedia ada.
          b)      Kesediaan membalas
·         Menunjukkan sifat sukarela membalas, iaitu melaksanakan tugas tanpa dipaksa.
          c)      Kepuasan membalas
·         Merujuk kepada perasaan kepuasan semasa bertindak balasseperti merasa puas hati apabila melaksanakan aktiviti pembelajaran.
Menilai

·                     Merujuk kepada kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda, fenomena atau tingkah laku berdasarkan kriteria-kriteria yang sedia ada pada dirinya.
          a)      Penerimaan
·         Merujuk kepada kebolehan menentukan nilai sesuatu benda, fenomena, tingkah laku dan sebagainya.
·         Pada peringkat ini, murid menunjukkan kepercayaannya dengan keinginan melakukan sesuatu yang baik.
           b)      Pilihan
·         Sesuatu nilai menunjukkan usaha memperolehi sesuatu nilai yang telah dipilih.
·         Menjalankan tugas mengikut kriteria-kriteria yang sedia ada.
           c)      Penglibatan
·         Merujuk kepada kepercayaan teguh terhadap nilai yang dipilih sehingga sanggup melibatkan diri secara aktif dalam usaha mengembangkan nilai itu.
Organisasi
·                      Dalam aras ini, murid telah dianggap menaruh kepercayaannya terhadap nilai yang dipilih.
·                     Pada suatu masa yang lain, dia menemui beberapa nilai yang berkaitan.
·                     Murid menunjukkan kebolehannya untuk mengorganisasikan nilai-nilai yang berkaitan untuk membentuk satu sistem baru.
          a)      Penanggapan
·         Kebolehan membentuk konsep yang abstrak terhadap sesuatu nilai seperti berusaha mengenal pasti ciri-ciri sesuatu objek yang diminati.
          b)      Organisasi
·         Kebolehan  menyatukan nilai-nilai yang berkaitan dan membentuk satu sistem di antaranya.
Perwatakan
·                      Dalam aras ini, murid dianggap memperoleh nilai-nilai yang disusun dalam satu sistem yang tidak akan berubah serta boleh mengawal tingkah laku mereka hingga membentuk suatu perwatakan tersendiri.
·                     Dalam keadaan ini, tingkah laku seseorang adalah tekal dan boleh diramalkan.
         a)      Set am
·         Kebolehan mengekalkan nilai-nilainya dalam sistem yang dibentuk pada bila-bila masa.
         b)      Perwatakan
·         Sifat ketekalan terhadap kepercayaan yang kuat dan tidak berubah terhadap sistem nilai yang dibentuk sehinggakan ciri-ciri ini menjadi falsafah hidupnya.