Jadual
Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan
sesuatu
ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian
secara
spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan
yang
rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi.
Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan
menyediakan
JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU
dikenali
juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan
matrik
dua paksi iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras
Kemahiran”
(melintang).
Definisi
/ Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)
·
Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
·
Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
·
Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa
mengajar
dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
·
Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan
lain-lain.
·
Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
·
Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.
Kepentingan
JSU
·
Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
·
Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
·
Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
·
Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran
yang
diuji.
·
Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.
No comments:
Post a Comment