Thursday 20 June 2013

KONSEP PENTAKSIRAN, PENTAFSIRAN, PENILAIAN, PENGUKURAN DAN PENGUJIAN

KONSEP PENTAKSIRAN

Pentaksiran merupakan suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu tersebut.

KONSEP PENTAFSIRAN

Pentafsiran merupakan suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti seperti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan mengintepretasi sesuatu maklumat mengenai hasil sesuatu pembelajaran.

KONSEP PENILAIAN

Penilaian dapat ditafsirkan sebagai sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bertujuan untuk menentukan objektif sesebuah pengajaran dan pembelajaran (P&P).

KONSEP PENGUKURAN

Pengukuran dapat diertikan sebagai proses pemberian angka-angka kepada sesuatu objek, atau peristiwa mengikut peraturan yang tertentu dengan skala yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

KONSEP PENGUJIAN

Pengujian merupakan salah satu proses yang bertujuan untuk mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian secara tepat dapat dibuat terhadap penguasaan seseorang pelajar dalam sesebuah kursus yang diikuti.