Saturday 6 July 2013

TAKSONOMI DAN DOMAIN

PENGENALAN
Taksonomi Bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956. Taksonomi Bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan motor-psiko. Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual. Manakala domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus reka bentuk sistem dan sebagainya. Domain motor-psiko pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.
Di dalam setiap domain ini terdapat beberapa aras atau peringkat yang disusun  daripada yang mudah kepada yang susah. Aras-aras ini juga dikenali sebagai taksonomi objektif pengajaran dan pembelajaran.


ARAS DOMAIN KOGNITIF 

Aras-aras domain kognitif merangkumi peringkat-peringkat yang terdapat dalam bidang ilmu pengetahuan. Mengikut buku Taxonomy of Education Objectives, aras-aras domain kognitif disusun dalam enam peringkat utama, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Aras-aras domain kognitif
Kategori mengikut urutan
Pengetahuan
·                      Peringkat yang paling bawah dan paling mudah untuk dikuasai.
          a)       Pengetahuan tentang perkara-perkara khusus
·         Pengetahuan terminologi seperti simbol, istilah dan definisi.
·         Pengetahuan fakta-fakta khusus seperti mengetahui nama tempat, bahan, ciri-ciri benda, tarikh dan kejadian.
           b)      Pengetahuan cara atau kaedah mengurus perkara khusus.
·         Pengetahuan  perkaedahan lazim : mengetahui peraturan menulis surat surat dan menggunakan tatabahasa.
·         Pengetahuan aliran dan turutan : mengetahui perubahan-perubahan yang berlaku pada masa kini, evolusi dan perubahan sikap.
·         Pengetahuan pengelasan dan kategori : mengetahui jenis-jenis invertebrata dan vertebrata, jenis-jenis kerajaan dan perniagaan.
·         Pengetahuan kriteria : mengetahui kriteria untuk menilai makanan bersih atau berzat, kriteria untuk menulis sebuah esei yang baik.
·         Pengetahuan metodologi :  mengingat kembali cara-cara  belajar .
         c)      Pengetahuan tentang perkara universal dan abstrak dalam sesuatu bidang.
·         Pengetahuan prinsip dan generalisasi seperti hukum dan prinsip sesuatu fenomena.
·         Pengetahuan teori dan struktur seperti teori pembelajaran.
Kefahaman
·                     Kebolehan memberi penjelasan atau makna kepada sesuatu perkara.
·                     Aras ini lebih tinggi sedikit daripada aras pengetahuan.
·                      Aras ini memerlukan pelajar mengingat kembali fakta-fakta pengetahuan dan kebolehan mereka untuk menerangkan atau memberi makna kepada fakta-fakta itu.
         a)      Aras penterjemahan
·         Merujuk kepada kebolehan menterjemahkan sesuatu maklumat kepada bentuk yang lain seperti menyatakan semula sesuatu masalah dengan perkataan sendiri.
         b)      Aras interpretasi
·         Merujuk kepada kebolehan memberi tafsiran atau makna mengenai sesuatu maklumat.
         c)      Aras ekstrapolasi
·         Merujuk kepada kebolehan melanjutkan huraian daripada maklumat asal yang diterima.

Aplikasi
·                     Merujuk kepada kebolehan menggunakan kaedah, prinsip, hukum atau teori dalam sesuatu situasi baru.

        a)      Penggunaan pengetahuan dan kefahaman.
Analisis
·                     Merujuk kepada kebolehan menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian supaya mudah difahami.
·                     Dalam aras ini, murid-murid boleh menghuraikan ciri-ciri perbezaan, kesamaan dan perkaitan di antara unsur-unsur sesuatu perkara.

        a)      Analisis unsur
·         Aras ini memerlukan kemahiran membezakan fakta-fakta yang telah dikenali serta disusun mengikut sesuatu sistem.
         b)      Analisis perhubungan
·         Aras ini memerlukan kemahiran memahami saling kaitan di antara idea-idea dalam sesuatu petikan.  Dalam hal ini, murid boleh mengesan perhubungan dan interaksi di antara unsur-unsur tersebut.
         c)      Analisis prinsip organisasi
·         Aras ini memerlukan kebolehan mengenal dan mengesan organisasi, susunan sistematik dan struktur yang menyatukan sesuatu perkara, sama ada secara eksplisit atau implisit.
Sintesis
·                      Merujuk kepada kebolehan menyusun idea-idea utama untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.
·                     Untuk mencapai aras ini, ia memerlukan kebolehan kreatif untuk menggabungjalinkan  idea-idea utama supaya membentuk  sesuatu corak atau struktur yang baru.
         a)      Penghasilan komunikasi unik
·         Aras ini merujuk kepada kemahiran menyampaikan idea-idea, perasaan atau pengalaman secara tersusun.
         b)      Penghasilan sesuatu rancangan atau cadangan sesuatu           operasi
·         Aras ini merujuk kepada kebolehan menyediakan atau mencadangkan sesuatu rancangan seperti merancang sesuatu persediaan mengajar.
         c)      Pembentukan perhubungan abstrak
·         Aras ini merujuk kepada kebolehan membentuk suatu set perhubungan yang abstrak untuk menerangkan atau mengelaskan data atau fenomena.
Penilaian   
·                      Merujuk kepada kebolehan mempertimbangkan  nilai yang terdapat dalam sesuatu perkara untuk tujuan yang tertentu.


          a)      Pertimbangan dari segi bukti dalam
·         Merujik kepada penilaian yang dibuat ke atas kejituan fakta-fakta yang terkandung dalam pernyataan, laporan atau  sesuatu bahan.
          b)      Pertimbangan dari segi kriteria luar
·         Merujuk kepada kebolehan membuat perbandingan teori-teori, generalisasi-generalisasi atau fakta mengenai sesuatu kebudayaan.



TAHAP
ISTILAH
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan, terangkan,
namakan, labelkan.
Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

Pilih, terangkan,
tulis semula.
Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.

selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Bezakan, pasti, pilih.
Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik

Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.



ARAS-ARAS  DOMAIN AFEKTIF

Aras-aras domain afektif adalah peringkat-peringkat yang terdapat dalam bidang perasaan, emosi, sikap dan nilai. Aras-aras ini telah disusun oleh David R. Krathwohl, Benjamin S. Bloom dan Bertram M. Masia di dalam tajuk The Classification of Educational Goals, Handbook 2; Affective Domain, 1964. Mengikut David R. Krathwohl, aras-aras domain afektif boleh disusun dalam lima peringkat, iaitu penerimaan, membalas, menilai, organisasi dan perwatakan berdasarkan nilai

Aras-aras domain afektif
Kategori mengikut urutan
Penerimaan  
·                      Merujuk kepada kesanggupan murid memberi  perhatian dan kesedaran kepada sesuatu fenomena atau rangsangan.


        a)      Kesedaran
·         Kesedaran faktor-faktor estetik yang mempengaruhi kecantikan sesuatu benda, seni lukis, reka bentuk dan sebagainya.
         b)      Kesanggupan menerima
·         Kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan orang dan menunjukkan toleransi serta menghormati kebudayaan yang berlainan.
          c)      Perhatian terkawal atau terpilih
·         Kebolehan memberikan perhatian kepada sesuatu rangsangan terpilih seperti mendengar orang mendeklamasi  sajak.
Bertindak balas
·                     Merujuk kepada kesanggupan bertindak balas terhadap sesuatu fenomena atau rangsangan yang diberi perhatian.
          a)      Persetujuan membalas
·         Melibatkan kemahuan dan kesediaan mematuhi peraturan-peraturan sedia ada.
          b)      Kesediaan membalas
·         Menunjukkan sifat sukarela membalas, iaitu melaksanakan tugas tanpa dipaksa.
          c)      Kepuasan membalas
·         Merujuk kepada perasaan kepuasan semasa bertindak balasseperti merasa puas hati apabila melaksanakan aktiviti pembelajaran.
Menilai

·                     Merujuk kepada kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda, fenomena atau tingkah laku berdasarkan kriteria-kriteria yang sedia ada pada dirinya.
          a)      Penerimaan
·         Merujuk kepada kebolehan menentukan nilai sesuatu benda, fenomena, tingkah laku dan sebagainya.
·         Pada peringkat ini, murid menunjukkan kepercayaannya dengan keinginan melakukan sesuatu yang baik.
           b)      Pilihan
·         Sesuatu nilai menunjukkan usaha memperolehi sesuatu nilai yang telah dipilih.
·         Menjalankan tugas mengikut kriteria-kriteria yang sedia ada.
           c)      Penglibatan
·         Merujuk kepada kepercayaan teguh terhadap nilai yang dipilih sehingga sanggup melibatkan diri secara aktif dalam usaha mengembangkan nilai itu.
Organisasi
·                      Dalam aras ini, murid telah dianggap menaruh kepercayaannya terhadap nilai yang dipilih.
·                     Pada suatu masa yang lain, dia menemui beberapa nilai yang berkaitan.
·                     Murid menunjukkan kebolehannya untuk mengorganisasikan nilai-nilai yang berkaitan untuk membentuk satu sistem baru.
          a)      Penanggapan
·         Kebolehan membentuk konsep yang abstrak terhadap sesuatu nilai seperti berusaha mengenal pasti ciri-ciri sesuatu objek yang diminati.
          b)      Organisasi
·         Kebolehan  menyatukan nilai-nilai yang berkaitan dan membentuk satu sistem di antaranya.
Perwatakan
·                      Dalam aras ini, murid dianggap memperoleh nilai-nilai yang disusun dalam satu sistem yang tidak akan berubah serta boleh mengawal tingkah laku mereka hingga membentuk suatu perwatakan tersendiri.
·                     Dalam keadaan ini, tingkah laku seseorang adalah tekal dan boleh diramalkan.
         a)      Set am
·         Kebolehan mengekalkan nilai-nilainya dalam sistem yang dibentuk pada bila-bila masa.
         b)      Perwatakan
·         Sifat ketekalan terhadap kepercayaan yang kuat dan tidak berubah terhadap sistem nilai yang dibentuk sehinggakan ciri-ciri ini menjadi falsafah hidupnya.

No comments:

Post a Comment