Saturday 6 July 2013

PENTAKSIRAN

Pentaksiran merupakan suatu proses untuk mendapatkan maklumat dan menggunakannya untuk membuat keputusan tentang pelajar, kurikulum, program atau sesuatu dasar.

Pentaksiran juga bertujuan untuk mendapatkan sesuatu maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Pentaksiran merupakan suatu maklumat yang meliputi hal-hal yang berkaitan dengan topik, bukti dan prestasi.

Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan.

Produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil.

Antara aspek-aspek utama pentaksiran ialah:-
i.            Instrumen.
ii.           Kumpulan yang ditaksir.
iii.         Respon.
iv.         Kumpulan yang menaksir.
v.           Skor.

Antara kepentingan pentaksiran ialah:-
a)   Tentukan nasib seseorang pelajar.
b)  Menentukan kemasukan ke institusi yang lebih tinggi.
c)   Membuat pengredan dan pemilihan.
d)  Menempatkan seseorang individu di dalam sesuatu bidang tertentu.
e)   Mendiagnosis kelemahan pelajar.
f)    Komponen penting dalam putaran proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
g)   Menentukan tahap kesediaan pelajar untuk menghadap topik yang baharu.
h)   Mengukur pengetahuan dan ingatan seseorang pelajar.
i)    Menentukan program pemulihan atau penggayaan.
j)    Memotivasikan pelajar.
k)   Mengenali diri.
l)    Merancang masa depan.
m) Menentukan matlamat pelajar.
n)   Mengenalpasti keberkesanan pengajaran.
o)   Mempertingkatkan pengajaran guru.
p)  Mengesan kesesuaian teknik pengajaran, pemilihan objektif  P&P dan alat bantu mengajar.
q)  Merancang pengajaran.
r)    Memperbaiki objektif.
s)   Mengesan pelajar yang lemah dan berkebolehan.
t)   Menjadi penentuan sistem pendidikan.

Antara kesan pentaksiran ialah:-
i.            Rasa tertekan/kecewa/gembira.
ii.           Setiap orang sibuk dengan aktiviti penyediaan peperiksaan/pusat tuisyen/membaca buku.
iii.         Guru sibuk mengaplikasikan teknik pengajaran baharu.
iv.         Memerlukan pembelajaran yang besar (peringkat negara).
v.           Memberi kesan kepada sistem ekonomi negara.

vi.         Menimbulkan persaingan.

No comments:

Post a Comment