Saturday 6 July 2013

PENILAIAN

Penilaian merupakan sebuah proses untuk memperolehi sesuatu maklumat yang bersifat kuantitatif. Ianya bertujuan untuk menentukan perubahan tingkahlaku dan membuat pertimbangan menilai.

Proses menilai dapat memberikan sesuatu maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran, kaedah mengajar seseorang guru dan sejauh manakah tahap keberkesanan sesuatu kurikulum yang dilaksanakan itu.

Pentafsiran sesuatu penilaian adalah berdasarkan data yang bersifat kuantitatif dan penghuraian prestasi boleh dijalankan pada waktu sebelum, semasa dan selepas pengajaran guru.


Sesebuah penilaian itu boleh dilaksanakan berdasarkan sesuatu pembelajaran yang spesifik atau secara keseluruhan kurikulum.

No comments:

Post a Comment