Saturday 6 July 2013

PENGUJIAN

Pengujian merupakan suatu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang bersistematik. Ini merupakan cara untuk mengukur tingkahlaku seseorang individu. Pengujian ini dilaksanakan secara berperingkat. Antaranya ialah:-

i.            Sebelum
·        Tujuan:- Untuk mengumpul maklumat.
·        Contoh:- Ujian pra atau pra-test.

ii.          Semasa
·        Diadakan secara lisan atau bertulis.
·        Tujuan:- Untuk mengetahui tahap kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan kefahaman mereka terhadap P&P guru.

iii.        Selepas
·        Proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab atau sebagai instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel atau tingkahlaku atau pencapaian seseorang individu atau pelajar.

Ujian adalah satu alat dalam P&P bahasa, bahan yang bertulis/ bercetak/ terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran berbahasa.
Contoh:- Guru membina ujian kloz (isi tempat kosong) bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak (menyebut) bagi menguji tahap kefahaman kemahiran mendengar.

Ujian perlu digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu.

Contoh:- Guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 menggunakan bahan bacaan yang layak untuk pelajar Tingkatan 1, semestinya keputusan pelajar ini ini tidak menggalakkan.

No comments:

Post a Comment