Wednesday 2 October 2013

PENILAIAN MELALUI PROJEK

Definisi

Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997).
Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu.


Ciri-ciri Penting

1. Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan
pengalaman pelajar semasa menjalankan projek.
2. Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek.

3. Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan
aktiviti.

4. Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar.

5. Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperoleh.

6. Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran.

7. Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan.

         Kepuasan jika dapat menyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan
berkesan.


PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
1. Apakah itu pembelajaran berasaskan projek?

Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.


2. Senaraikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek?

· Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.

· Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.
· Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
· Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses.
· Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
· Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan
data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.
· Sesuai dengan murid dan kurikulum.
· Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.

3. Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan bestari?
· Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar yang
pelbagai.

· Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam
proses P & P.
· Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.
· Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri.
· Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti.
· Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat.
· Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.

4. Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek?

· Memberi tugasan mengikut kurikulum.
· Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat.
· Menentukan jadual kerja.
· Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.
· Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.
· Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.
· Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek.
· Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.
· Penyediaan JPT dan PMM
· Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek
· Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan projek.


sumber: http://nursuhaidasuhaili-bmm.blogspot.com/2009/05/interaksi-8-kaedah-penilaian-bahasa.html

No comments:

Post a Comment